Blogger Widgets

Thursday, May 23, 2013

DUGAAN

yeah3...akhirnya ..lama x publish blog kan.yeah actually rasanya da hampir sbulan la kabel wifi kna curi ...and sebab  tu aku xdapat nk update segala laman sosial..hurmm..banyak cerita nk ceria kat sini.dan tatau nk start dr mana.ok.1stly,bila bangun tidoq tu ,nk online,tetiba x connect.tgk wifi ..ahhh mmg x boleyh jala.lampu tu liplap tp bhg intrnet xada .mmg sah kena tibai kabel ni.my family pon buat tatau lg.then after 3 days,abah p lapor kat TM.pastu 2 hari pihak tm check internet,then xboleh.ok pastu ada kazen kerja sbg elektrik2 ni.suruh dia tgk2..pastu dia kata mmg ada masalah kabel .mereka pon buat la kerja mereka.after 3 weeks da ok la...lama tu.dalam pada waktu tu jugak,my handfon pula ada masalah.tiba2 hang dan xdapat bukak .d sbb kan hari jumaat,mmg bnyak la kedai xbukak.terpaksa la p kedai yg agak jauh la sikit nk repair.selepas seminggu tauke handfon senyap ja,. sblom tu aku ada bagi tau kat tauke kalau da siap contact number aku.tak jugak contaat2..sampai aku yg telepon.bila aku telepon kata n bg 2 hari lg.ok tunggu jaaa.lpas 2 hari telepon lagi tauke tu.tauke tu kata seminggu lg boleh tak u ambik.-,- ...lepas seminggu aku telepon pulak,sbb tauke tu xtelepon2 lg.last sekali aku telepon daninilah lebih kurang perbualan aku dgn tauke tu.

me : "ni bila nk siap ni tauke.da dua minggu lebih dah ni.u asyik tangguh ja.u tahu repair ka tak ni ha ??'

tauke: "u,susah nk repair ni"

me: laaa.bgtau awal kalau tatau la.saya kena ambik juga sekarang ni telepon saya.sbb SAYA KENA BALIK PERAK ni.nak belajar. *haa..kena tipu sikit.dia tak tahu aku tgh 2 bulan cuti sem.kna tipu,kalau x xdapat balik la handfon aku tu*

tauke : okok..esok u ambik ma..sbb aku xdapat buat.

haishh nk ptg tu jugak.dan aku tatau kenapa dia asyi mengelak.kalau aku tak bg alasan tuuuuu..hurmm tatau laakan...
Esok tu aku p la ambik.tauke xdak.yg ada bini n pekerja dia yg lain.bukan pekerja yg sama time aku p antar handfon tu
kemudian..aku ambik la handfon tu,then p bawak repair kedai lain.aku p la kedai baru bukak.ok lpas cakap2..org tu kata dalam 3 hari cm tu la.mula lg penantian aku selama 3 hari.selepas 3 hari,aku pon p la tgk.then tauke tu kata xdapat repair sbb masuk ayaq/air. hah??? bila pulak handfon aku masuk air ni..aku yakin,tak pernah pon handfon tu sesekali masuk air. Aku pon p la kedai lain dgn hati yg laranya.pon sama jawapannya.dah penat dah..sampai 3 buah kedai p, lpas tu balik la rumah dulu..aku try cas.mlm tu aku bukak hanfon..aikkk dah boleh bukak pon handfon aku.
lepas tu lepas tu..nak tau apa jd???dah boleh bukak jd pulak masalah lain.handfon aku kna letak pattern/password . sebelom ni aku xbuat pulak cmtu. Yang paling sakit bila gambar screenlock ada gmbar orang lain.perempaun. macammana??? macam mana boleh ada daam handfon aku.dan aku xdapat bukak handfon aku sendiri???? try geledah2 handfon..dan ada sim org lain jugak.bila aku tukar sim tu letak dalam handfon mak,sim tu  dah d blog.baru aku nak cari pemilik sim atau lebih dikenali pencuri atau penipu atau bla bla bla...herghhh.last sekali aku dah tatau la kan.selepas 3 hari,aku pon p la sebuah kedai kecil ni...nak kena format balik sbb xboleh bukak handfon angkara ada pattern pmpuan tu....haishh geram aku.. geram .dalam setengah jam da siap. so isi2 dalam handfon pon mcm baru.kena la install lain.
aku da janji aku takkan p kedai2 tu lg.sbb aku tatau sapa yg kena bertanggungjawab. dan  kalau aku jumpa muka the liar tu aku buat tatau. biar Allah ja balas :)

OKKAYH..PANJANG LEBAR PULAK.ITULAH PENGALAMAN AKU PADA CUTI SEM NI..haha..anyway,lets cool and just pray.Allah alwats w/ us. :D

Friday, May 3, 2013

my beloved thing

 hari ini,pada 3/5/2013,my samsung tlh rosak...sedih2...tgh best ja bukak insta tiba2 rtak boleh bukak.pastu aku buang la abteri hanfon,nak buka balik da x boleh.tunjuk pkataan samsung ja....T__ T what the bad luck :"(  mngkin nak kena yg baru kot.haha. tapi nnt hilang la format dlm handfon kalau kna repair .

Thursday, May 2, 2013

cat's lover


Moshi Moshi ..Assalamualaikum peeps..sapa sini suka sangat2 kat kucing...comel kan cats ni..meeeooow..yang xsuka kucing tu pon tak apa,tp jgn zalim sudah la noo..hik3..

Rasulullah S.A.W juga merupakan role model yg sukakan kucing. Mulianya Rasulullah S.A.W. Masya Allah... :')
Masa nabi nak ambill jubahnya,baginda menemui Mueeza sedang tidur dengan santai atas jubahnya. sbb takmau ganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.   Subhanallah.. :') tengok!! kucing pon sujud kat Rasulullah S.A.W .

Tuesday, April 30, 2013

1 may

bye april hye hye may,yeahh da 1 may ari ni...selamat hari pekerja kpd warga pekerja2 d malaysia..#ehhh .bncang pasal hari pekerja ni ha,9 hari bulan nnt smua pelajar2 uitm tmasuk lah aku akan dpt result final exam...ok bye 

the cranberries

wallawalla...video ni la yg aku n adik2 aku tgk time bosan..suara dia lembut sikit.xdak la ganas sgt okkeyh...XD

Uuuu

ok.selepas kisah sedih,la ni nk bubuh cerita lawak pulak..errmm..xdak la lawak sgt sebenarnya,,tp cukuplah gelak sikit2 kan....haha..tersebutlah alkisah...jeng jeng jeng....

Uuuuu 
Surung pupun turuk pupun 
Buuh kurunju dulum puruhu 
suruh mukun suyu mukun.
suruh munguju suyu tuk tuhu. 
*Control sikit muncung tu yerr: p

kita sebagai seorang anak knalah sentiasa mnjaga hati dan mentaati ibu bapa kita.ya la...tanpa mereka tiadalah kita d bumi Allah ni...

KISAH IBU DAN ANAK


 Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya ,Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya. Kerja solehah sebagai penenun kain menjadikan hidup mereka serba sedikit senang. Dia dan anaknya masih boleh mengisi perut dan menjalani kehidupan walaupun tidak semewah orang lain. Sekurang-kurang mereka tidak perlu mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika ramai orang yang mengupah solehah untuk menenun kain, maka berisi lah perut mereka hari itu , tetapi jika tiada pelanggan, maka mereka terpaksa makan makanan simpanan sebelum ini yang sedikit untuk mengalas perut.Begitulah kerja Solehah yang tidak menentu setiap hari.

Pada suatu hari, tidak ada seorang pun yang datang ke rumah Solehah untuk mengupahnya menenun kain. Nasib baiklah, dia telah menyimpan sedikit roti untuk anaknya.

“Amru sayang, Umi minta maaf sebab hari ini hanya ada sedikit roti untuk amru makan, tapi Umi janji, esok kita makan nasi ya,” Solehah berkata kepada sambil menghulurkan beberapa keping roti untuk Amru.

“Umi, kalau Amru makan roti ni, Umi nak makan apa?” Amru menyoal ibunya yang masih tidak berhenti membelai rambutnya itu.

“Umi tak penting pun Amru. Amru makan kenyang-kenyang ya. Umi tengok Amru kenyang pun Umi rasa dah kenyang. Amru jangan risaukan Umi.” Solehah menjawab soalan Amru yang kelihatan masih setahun jagung itu. Bagi Solehah, dia tidak kisah untuk berlapar. Melihat anaknya ceria dan tersenyum setiap hari, itu sudah cukup membuat hatinya gembira.

“Umi, Amru janji, bila Amru besar nanti, Amru nak bekerja rajin-rajin. Amru nak bagi Umi makan enak-enak.” kata Amru pandai menjaga hati ibunya. Kemudian, dia menyuap sedikit roti ke mulut ibunya itu. Solehah hanya tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu.

Sejak kecil, Amru dididik dan dijaga oleh Solehah sepenuh kasih sayang. Dia diberi didikan agama yang sempurna dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap di badan Amru. Baginya, Amru merupakan satu-satunya harta peninggalannya. Setelah beberapa tahun berlalu, Amru telah membesar menjadi seorang pemuda yang segak dan tampan. Solehah pula semakin lama, semakin tua tetapi keringatnya terus jatuh ke bumi mencari nafkah buat keluarganya.Perubahan mendadak ditunjukkan pada sikap Amru. Dia sering keluar untuk bersukaria bersama kawan-kawannya. Dia juga semakin degil dan selalu melawan cakap ibunya. Walaupun disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja, tetapi nasihat ibunya yang tua itu langsung tidak diendahkan.Malah Amru sering menengking dan berkasar sehingga membuat ibunya itu terguris.

Solehah tidak tahu mengapa Amru bersikap sedemikian terhadapnya. Dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berkasar. Setiap hari, dia berdoa agar tuhan sentiasa melindungi Amru daripada sebarang perkara yang tidak baik. Amru pula, langsung tidak berubah, selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Dia akan ke pekan untuk menghabiskan wang yang diberi oleh ibunya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Duit itu banyak dihabiskannya untuk berjudi.Disebabkan berjudi itu juga, dia selalu dipukul kerana tidak dapat membayar wang yang sepatutnya. Begitulah rutin harian Amru. Dia tidak serik untuk berjudi walaupun tahu akibatnya. Apabila balik ke rumah, badan Amru akan cedera dan luka di sana-sini akibat dipukul. Solehah jugalah orang yang akan merawatnya. Dia menyapu ubat di badan Amru sambil menitiskan air mata melihat anaknya itu. Semahunya, dia tidak ingin perkara itu berlaku pada anak kesayangannya itu.

“Sakitkah anakku? Umi sapu perlahan-lahan ya.Kamu sudah besar Amru. Umi, sudah beberapa kali pesan jangan berkawan dengan orang yang tidak elok akhlaknya. Kamu juga yang susah nanti,” ujar solehah memberi nasihat kepada anaknya itu.Begitulah kata-kata yang sama keluar dari mulut solehah tiap kali merawat Amru. Amru hanya membisu seribu bahasa. Kesakitan yang dialami menutup mulutnya.

Namun Amru tetap tidak berubah. Perangainya masih sama seperti dahulu. Kerap kali keluar ke pekan bersama kawan-kawanya untuk berjudi. Tiap kali dia berjudi tiap kali itu jugalah dia kalah. Nasib langsung tidak menyebelahinya. Dan tiap kali dia kalah tiap kali itu jugalah badannya akan menerima padahnya. Begitulah nasib Amru setiap hari. Nasib baiklah dia mempunyai seorang ibu penyayang yang masih mengambil berat akannya.

Setiap hari seperti biasa amru akan meminta wang daripada ibunya sebelum keluar.

Umi!! Amru nak wang lagi!! Cepatlah Umi, kawan-kawan amru tunggu Amru tu!! Tengking Amru kepada ibunya yang telah tua itu.

“Semua wang Umi sudah habis Amru. Wang semalam ialah wang terakhir dari simpanan Umi. Umi sudah tiada wang untuk diberi kepada Amru.” Jawab solehah pilu. Semua wangnya telah diberi kepada Amru tanpa sempat pun dia membeli sedikit makanan.

“Umi tipu!!! Umi masih ada wang tapi Umi tidak mahu beri pada Amru kan??!!” Tengking amru. Jawapan ibunya itu membuatkannya marah. Kemudian dia terus menggeledah seluruh isi rumah untuk mencari wang. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana sekeping wang pun tidak berjaya dijumpai.

“Perempuan tua tak guna!!” Jerit Amru. Dia kemudian menolak ibunya sehingga rebah dan keluar dari rumah dengan perasan yang hampa. Amru benar-benar tertekan kerana jika tiada wang maka tiadalah keseronokan dalam hidupnya.

Di pertengahan jalan, Amru diberhentikan oleh seorang pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Pemuda itu kelihatan kaya dengan pakaiannya yang mahal. Amru tidak sedar bahawa pemuda itu sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia. Syaitan itu hanya ingin memerangkap amru.Bagi syaitan itu, Amru adalah orang yang sangat mudah diperdaya dengan harta dan wang.

“Apa sebenarnya yang kamu mahu ?” tanya Amru kepada pemuda segak yang berdiri di hadapannya.

“Aku hanya mahu menolong kamu. Bukankah kamu kesempitan wang sekarang? Aku mahu memberi kamu wang yang banyak.” Jawab syaitan itu memperdaya Amru.

“Memberi aku wang yang banyak?!” Amru terperanjat dan gembira.

“Ya. Wang yang banyak. Tapi dengan satu syarat.” Ujar syaitan bijak bermain dengan kata.

“Apakah syarat tersebut. Cakaplah apa yang tuan mahu? Segera juga aku penuhinya.

Syaratnya, bawa hati ibu kamu kepada aku dan wang yang banyak akan menjadi milik kamu.

Tanpa banyak berfikir, Amru terus berlari ke rumahnya. Tanpa belas kasihan amru membunuh menanam,dan mengambil hati ibunya.Ibu yang selama ini menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Ibu yang sanggup berlapar demi anaknya. Ibu yang sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya.Ibu yang selalu merawatnya semasa sakit. Malah, ketika Amru pulang, ibunya sedang menyiapkan masakan kegemaran Amru tanpa terasa sedikit pun akan perbuatan Amru sebelum ini.
Amru sangat gembira kerana dengan hati ibunya itu, dia akan mendapat wang yang banyak. Dia terus berlari untuk mendapatkan pemuda yang berjanji dengannya tadi sambil membawa hati ibunya itu. Semasa berlari keseronokan membayangkan dia akan mendapat wang yang banyak, tanpa disedari Amru tersepak batu lalu terjelopok ke tanah.Dia mengerang kesakitan.

“Sakitkah anakku?” dengan izin Allah,tiba-tiba sahaja hati milik ibunya itu bercakap apabila melihat anak kesayangannya sakit akibat jatuh tersungkur.Dengan penuh kasih sayang hati itu terus bertanya. Soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali sehingga membuatkan Amru terperanjat. Tanpa mempedulikan kata-kata hati itu, Amru terus mengambil dan membawanya kepada pemuda yang menyamar sebagai syaitan. Syaitan berasa amat gembira sekali kerana misinya berjaya. Sebagai balasan Amru diberikan wang yang banyak sebagaimana yang telah dijanjikan.

Dengan wang yang banyak itu, Amru meneruskan kehidupannya dengan berjudi. Akhirnya sekelip mata sahaja wang banyak yang diberikan oleh syaitan tadi habis digunakan. Seperti biasa Amru akan dipukul. Apabila balik ke rumah, tiada lagi kedengaran suara bimbang ibunya. Tiada lagi ibunya untuk merawat segala luka-luka di badannya. Tiada lagi ibunya untuk memasak makanan kegemarannya. Tiada lagi ibunya untuk membelai-belai menidurkannya. Akibat sikap Amru yang suka berjudi, rumahnya dijual. Akhirnya Amru menjadi pengemis dan mati di tepi jalan akibat kelaparan.

Begitulah kisah menyayat hati seorang ibu dan anaknya. Kisah kasih sayang ibu kepada anaknya yang tidak berbelah bagi. Kisah pengorbanan seorang ibu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya itu sehingga hati masih mampu berkata-kata, risau melihat anaknya sakit. Kita pula bagaimana? Sayangkah kita pada ibu kita? Pernahkah kita membuat ibu kita menangis? Pernahkah kita bayangkan kanak-kanak yatim piatu yang tidak mempunyai ibu? Bagaimanakah nasib mereka? Kita ni sememangnya bertuah kerana mempunyai ibu. Jadi hargailah ibu anda sebaik-baiknya.

demam gwiyomi


this upload from youtube...ramai yg sudah tgk video ni kan??/anyways,dalam bnyak2 video ,yg nilah yg jd kgemaran.yg paling syok aku rasa.. XD .sj letak sbb sekarang ni dah jd femes lpas vdeo gangnam style..gwiyomi ni maksudnya comel.n gerak jarinya ponn comel ja bila tgk.XD

intro

annyeooonngg XD .Assalamualaikum..ermm*SPEECHLESS*...masih blur dalam mncipta blog. please support me ..:D